3 Sebab Digital Signage Anda Kurang Dapat Sambutan - Semuanya Digital Signage 3 Sebab Digital Signage Anda Kurang Dapat Sambutan - Semuanya Digital Signage

Breaking News

3 Sebab Digital Signage Anda Kurang Dapat Sambutan

3 Sebab Digital Signage Anda Kurang Dapat Sambutan

Anda sudah membeli sistem #digitalsignage, sudah letak gambar dan video produk yang anda jual tetapi jualan anda tetap sama seperti sebelum ini. Kedai sudah dinaiktaraf ke sistem yang lebih moden tetapi ia tidak memuaskan hati lagi. Dimana silapnya? Mari kita lihat 3 sebab digital signage anda kurang dapat sambutan.

1. Video Yang Kurang Menarik

Digital Signage Anda Kurang Dapat Sambutan

Kualiti video yang baik dan mesej yang jelas mengenai produk tersebut adalah bagus untuk pengiklanan digital anda tetapi jika video produk anda tersebut terlalu lama melebihi 1 minit, ia pasti tidak efektif untuk sistem digital signage anda. Pelanggan mungkin akan ambil masa 30 saat berdiri di depan tv anda. Jika dalam masa itu iklan anda belum tunjuk apa yang anda jual, ia sudah merugikan anda. Jadi, pendekkan video. Biar ringkas dan padat masej yang disampaikan.

2. Warna Gambar Yang Suram

Digital Signage Anda Kurang Dapat Sambutan

Gambar adalah benda penting dalam sesuatu konten skrin digital. Jika ada gambar tetapi warnanya suram dan tidak menonjol, ia boleh dijadikan faktor. Cuba anda letak satu warna yang terang dan tulisan promosi besar-besar, mungkin ia boleh tarik perhatian orang ramai yang lalu di situ. Anda pasti akan berhenti di depan TV bila ada benda yang menarik perhatian anda, bukan?

3. Buat Iklan Yang Interaktif


Digital Signage Anda Kurang Dapat Sambutan


Iklan yang lebih interaktif pasti akan membuatkan premis anda menjadi hentian ramai orang. Sebagai contohnya, anda letak satu ruang kamera di dalam digital signage tersebut. Di dalam digital signage tersebut akan nampak kelibat anda dan akan nampak anda sedang memakai virtual jersey di dalam signage tersebut. Menarik bukan idea ini?

Dengan penjelasan ini, diharap ia memberi manfaat kepada anda dan serba sedikit cara memperbaiki cara penggunaan digital signage. Berikut adalah video Signage interaktif 

Tiada ulasan