Apa Itu Video Wall Display? - Semuanya Digital Signage Apa Itu Video Wall Display? - Semuanya Digital Signage

Breaking News

Apa Itu Video Wall Display?



Ramai yang keliru dengan istilah Video Wall. Ada yang kata, satu unit TV yang digantung ke dinding dan terdapat video dipaparkan itu dipanggil video wall. Kenyataan ini salah sebenarnya dari segi teknikal. Jadi, apa itu Video Wall Display?



Video Wall secaranya umumnya adalah satu kombinasi antara TV display seperti 4 unit tv digabungkan menjadi 1 display yang besar. Ada juga video wall yang dipasang lebih besar dari itu. Video Wall ini boleh kita lihat di mana-mana terutama di tempat umum seperti pusat membeli belah, hospital dan banyak lagi. Video Wall ini ada banyak jenis dan cara penggunaannya. Ada video wall display mempunyai bezel yang sangat nipis seperti :


  • 3.5mm bezel to bezel
  • 1.8mm bezel to bezel (New Model)



Cara penggunaannya video wall ini adalah pelbagai. Bagaimana ia digunakan adalah seperti yang berikut :

Pengiklanan / Advertising



Video Wall yang biasa anda lihat diluar sana adalah video wall jenis 1 input / source sahaja di mana display video wall ini membuat satu looping ke semua tv tersebut yang digelar Daisy Chain. Input yang dipaparkan ini disambung ke DVD Player, PC, ataupun USB Thumb drive. Ia akan loop video tersebut sepanjang hari untuk menunjukkan iklan tersebut. Video Wall ini jenis yang simple dan sesuai untuk pengiklanan / advertising.


Bilik Control Room / Bilik Keselamatan



Penggunaan video wall ini tidak sama seperti penggunaan video wall untuk pengiklanan. Ia berbeza kerana untuk control room atau bilik keselamatan, ia menggunakan input source yang banyak dalam satu masa. Untuk melakukan seperti ini, ia memerlukan video wall controller untuk mengagihkan input-input yang ingin dipaparkan. Video Wall controller yang sesuai adalah jenis modular controller. Admin akan terangkan lebih terperinci apa maksud modular controller diartikel lain.


Creative Video Wall 




Creative video wall ini jarang dilihat tetapi ia sangat menarik dipasang di ruangan lobi. Susunan yang unik ini akan membuatkan daya tarikan lebih kepada pengunjung jika lalu dilokasi tersebut. Anda boleh mereka susunan seperti bentuk hati, ikan, donut, layang-layang dan banyak lagi. Saiz tv boleh dicampur aduk tetapi ia perlu ada Creative Video Wall Controller dan perisiannya sekali. Tanpa controller ini, ia agak mustahil untuk dilakukan. Tetapi hanya 1 input sahaja boleh dipaparkan dalam satu masa.

Dengan penerangan 3 jenis video wall ini, harap ia dapat memberi input berguna kepada anda semua. Sekiranya anda mahu memasang video wall di masa hadapan dan ingin bertanya kepada pembekal di luar sana, anda boleh tahu apakah yang anda mahukan. Anda boleh juga hubungi admin untuk matlumat lebih lanjut.

Tiada ulasan