Digital Signage Untuk Masjid
Perkembangan teknologi digital signage sudah mula melangkah masuk ke Masjid sejak kebelakangan ini. Ia satu perkembangan yang menarik untuk kita lihat di mana, digital signage bukan hanya semata-mata untuk pengiklanan tetapi boleh juga digunakan untuk rumah ibadat seperti Masjid.
Setiap Masjid atau surau sekarang ini, kita pasti pernah melihat sekurang-kurangnya 1 unit TV display di dalam masjid untuk mempamerkan waktu solat dengan lebih interactive. Dahulunya, pihak masjid hanya menggunakan jam elektronik LED dan bila waktu solat masuk dan ia akan berbunyi / beep beberapa kali. Ia sangat ringkas tetapi masih boleh digunapakai sekarang. Untuk kemaskini waktu takwim solat, admin tidak pasti cara penggunaan dan kemungkinan ia dimasukkan secara manual.
Yang terkini, pihak Masjid mahukan lebih menarik yang membolehkan mereka menyelit beberapa program yang akan dijalankan di Masjid tersebut. Dengan adanya Digital Signage untuk masjid, ia dapat memudahkan dan melancarkan sesuatu program. Contoh digital signage masjid, ia lebih kurang pada gambar di atas berdasarkan konsep yang dimahukan.
Dengan ini, pihak masjid akan dapat berjimat tanpa perlu cetak flyers dengan banyak untuk memberitahu segala program kepada pengunjung masjid tersebut. Ia satu perkara yang bagus untuk kita mengurangkan penggunaan kertas yang banyak. Letak sahaja banner sebagai contohnya Ustaz Azhar Idrus datang ke Masjid untuk bagi kuliah maghrib, pasti ia akan memberi tumpuan kepada pengunjung masjid untuk hadir ke kuliah tersebut dengan menggunakan digital signage.
Jadi, kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut, cara penggunaan digital signage untuk masjid dan konsepnya, boleh hubungi kami atau layari laman sesawang kami.
Tiada ulasan