Intel Optane 800p Dilancarkan - Semuanya Digital Signage Intel Optane 800p Dilancarkan - Semuanya Digital Signage

Breaking News

Intel Optane 800p Dilancarkan

Intel Optane 800p

Dahulu, #Intel telah melancarkan satu memori SSD bersaiz 16GB dan 32GB untuk digunakan bersama dengan Hardisk bagi memastikan data-data tersebut boleh diakses dengan lebih pantas dari biasa. Kini, Intel Optane 800p dilancarkan dengan saiz yang lebih besar iaitu 58GB dan 118GB yang sesuai untuk.

mSata Intel NUC

Jika anda perasan, memori ini digunakan di intel NUC atau mana-mana komputer kompak yang mempunyai ruangan yang sangat sedikit. Dahulu ia digelar mSata Solid State. Maksimum saiz yang ditawarkan dahulu hanyalah 32GB sahaja. Bila anda sudah masuk Windows OS dan install segala driver, ia akan meninggalkan baki ruang yang sedikit dan anda perlu menambah hardisk 2.5 inch di dalam intel NUC tersebut. Admin pernah alami perkara ini dan akuinya memang tidak cukup space jika guna mSata ini untuk kegunaan pengiklanan digital.

Intel Optane SSD 8

Sekarang, intel sudah lancarkan saiz ruang yang lebih besar dan anda tidak perlu risau untuk install Windows OS. #Intel Optane 800p ini memerlukan slot M.2 atau PCI Ekspress untuk menggunakannya. Apa yang admin boleh cadangkan, untuk penggunaan Intel Optane 800p, ia sesuai anda install Operating Sistem sahaja. Untuk simpan data, guna hardisk yang lain untuk elakkan ruang memori penuh.

 

Tiada ulasan