Apa Itu Digital Signage Media Player
Media Player adalah nama yang biasa digunakan kepada pembekal Digital Signage di Malaysia. Selain nama media player, ia boleh dipanggil mini PC kerana saiz dia lebih kecil berbanding PC Dekstop yang biasa kita gunakan.
Dari segi spesifikasi, ia sama seperti PC Dekstop kecuali tahap prestasi media player ini tidak sehebat PC Dekstop. Media player di pasaran mempunyai pelbagai jenama seperti Minix, Intel NUC, raspberry pi 3, dan pelbagai lagi. Sistem operasi juga ada 3 kategori yang biasa dijual iaitu versi :
- Windows Base
- Android Base
- Linux Base
Setiap peranti ini adalah kelebihan masing-masing dan mempunyai nilai yang tersendiri. Jika anda gemar menggunakan peranti yang bertemakan windows untuk Digital Signage anda, kos dia agak mahal sedikit kerana ia melibatkan pembelian lesen windows yang agak mahal. Jika menggunakan Android base atau Linux base, kos dia sedikit murah kerana peranti ini tidak memerlukan lesen operation system kerana ia adalah freeware / opensourse.
Media player ini sesuai digunakan untuk Digital Signage kerana ia mudah untuk disorokkan di belakang tv berbanding dengan PC Dekstop yang agak besar dan berat. Cara penggunaan tidak diwajibkan beroperasi 24 jam jika anda menggunakan media player yang berada dipasaran seperti Intel NUC, Minix dan lain-lain jenama kecuali anda menggunakan media player industrial grade yang terbukti boleh beroperasi 24jam.
Media player industrial grade ini agak mahal sedikit berbanding media player yang biasa kerana ketahanan dan jaminan memberi peranan dalam hal ini. Kebanyakkan media player industrial grade ini adalah bercirikan fanless media player atau tidak mempunyai kipas di dalam tersebut. Ia hanya menggunakan heatsink dalam media player tersebut dan mampu bertahan sehingga 70 darjah celcius.
Sudah faham sedikit mengenai penjelasan apa itu Digital Signage Media Player? Admin harap, anda dapat menilai yang mana sesuai jika anda mahu menggunakan system Digital Signage tanpa alami masalah kemudian hari. Jangan fikirkan murah sahaja. Fikirkan juga jangka masa panjang untuk anda melabur dalam projek ini supaya ia tidak menelan kos yang tinggi pada setiap tahun. Semoga informasi ini memberi ilmu pengatahuan kepada anda semua.
Tiada ulasan