Perbezaan TV Consumer Dan TV Professional - Semuanya Digital Signage Perbezaan TV Consumer Dan TV Professional - Semuanya Digital Signage

Breaking News

Perbezaan TV Consumer Dan TV Professional




TV display adalah paparan imej atau video yang biasa anda lihat tetapi pernahkah anda dengar TV Professional? Apakah perbezaan TV Consumer dan TV Professional? Inilah persoalan yang admin selalu dengar apabila berjumpa dengan client. Admin akan terangkan satu persatu apakah perbezaan antara dua TV ini.

TV Consumer 


Consumer TV, TV Biasa


TV Consumer ataupun TV biasa ini biasa kita lihat di kedai elektrik dan rumah. TV ini mempunyai input yang agak terhad seperti input :


  • HDMI, 
  • USB 
  • RGB 


Bezel / Border TV pada TV ini sedikit tebal berbanding TV gred Professional. Harga TV consumer adalah lingkungan RM800.00 - RM5,000.00, bergantung pada saiz, resolution dan jenama. Bagi segi pencahayaan / brightness, ia sangat berbeza dengan TV Professional. TV Consumer mempunyai nilai brightness yang agak rendah iaitu sekitar 350 nits sahaja. Masa penggunaan yang dicadangkan adalah hanya 8 jam. Dari segi Warranty, hanya 1 tahun ia ditawarkan.

TV Professional


Professional Display

TV Professional atau TV Industrial Gred adalah jarang anda dengar. Dari segi fizikalnya, ia sama seperti TV Consumer tetapi dari segi ketahanan dan kelebihan, ia ada pada TV ini. Input yang ada di model ini adalah :

  • HDMI 
  • Display Port 1.2
  • USB
  • RGB
  • VGA / DVI-D
Model Professional mempunyai 2 kategori penggunaan iaitu :

  • 16/7
  • 24/7. 

Kategori ini adalah menunjukkan perbezaan cara penggunaan tv tersebut. Jika anda mahukan TV tersebut di buka 24 jam, maka admin cadangkan beli yang kategori 24 jam. Jika anda beli yang 16jam tetapi mahukan ia dibuka 24 jam, adakah ia boleh? Ya, ia masih boleh tetapi life time dia akan berkurangan dari semasa ke semasa. Kebanyakkan model TV Professional mempunyai Life Time backlight adalah selama 50 000 hours.

Dari segi brightness, ia terdapat banyak jenis iaitu :


  • 350 nits
  • 400 nits
  • 500 nits
  • 700 nits

Nilai keterangan pada brightness ini mempunyai harga berbeza-beza. Semakin ia terang, semakin mahal harganya. Brightness yang dimaksudkan ini bukan bermaksud maximum brightness boleh disetkan tetapi nilai ini adalah nilai minimum. Jika anda buka TV tersebut, nilai 350 nits contohnya, ia akan terpapar di screen anda tanpa menaikkan nilai brightness tersebut.

Berminat dengan TV Professional ini tetapi bolehkah ia dapat di pasaran luar? TV Professional ini tidak boleh didapati di mana-mana pengedar kedai elektrik seperti SengHeng, Harvy Norman dan mana-mana lagi. Ia boleh didapati dari pengedar yang sah ( Distributor / Reseller ) untuk Jenama tersebut. Admin juga adalah pengedar TV Professional ini dengan pelbagai jenama terkenal seperti Panasonic, LG, Samsung, BenQ dan ViewSonic. 



Tiada ulasan