Perbezaan PCAP Touch Screen Dan IR Touch Screen - Semuanya Digital Signage Perbezaan PCAP Touch Screen Dan IR Touch Screen - Semuanya Digital Signage

Breaking News

Perbezaan PCAP Touch Screen Dan IR Touch Screen


Touch Screen System

Penggunaan papan sesentuh #touchscreen di Malaysia sudah semakin meluas ketika ini. Sejak 2016, orang Malaysia mula memandang teknologi ini walaupun ia sudah lama diperkenalkan. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu teknologi disebalik touch screen ini kerana ada 2 teknologi yang menjalankan iaitu Projector Capacitive (PCAP) dan Infrared (IR). Apa Perbezaan PCAP Touch Screen Dan IR Touch Screen ini?

Kedua-dua teknologi ini sama sahaja tetapi dari segi fizikalnya sangat berbeza. Mari kita lihat perbezaannya :

Projector Capacitive (PCAP) Touch Screen

Projector Capacitive (PCAP) Touch Screen

(PCAP) Touch Screen ini kebanyakkannya digunakan pada smartphone yang berada dipasaran ketika ini. Di setiap smartphone menggunakan teknologi PCAP kerana ia berfungsi melalui konduktif yang mengetahui perubahan dalam medan elektromagnetik dengan sentuhan jari anda. PCAP ini tidak memerlukan bezel pada skrin anda untuk menjalankan teknologi skrin sesentuh ini.


Infrared Touch Screen

Infrared (IR)

Teknologi IR melibatkan lapisan sinar infra merah yang terletak setiap sekeliling bezel skrin sesentuh tersebut. Jika salah satu sensor IR tersebut rosak, ia tidak akan menjadi tepat sekiranya anda mahu menyentuh sesuatu aplikasi. Terdapat kelemahan pada IR ini iaitu tidak boleh berada pada sinaran yang terlalu terang, tidak dapat berfungsi dengan baik jika terdapat pada kotoran pada sekeliling bazel tersebut. Jangka masa penggunaan sekitar 30 000 jam sahaja bergantung pada jenama.

Jika anda masih buntu untuk memilih touch yang baik untuk anda gunakan, anda boleh hubungi kami atau email terus untuk mengetahui produk yang kami bawa. Jadilah pengguna yang bijak.

Tiada ulasan