ARM Lancar CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76 - Semuanya Digital Signage ARM Lancar CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76 - Semuanya Digital Signage

Breaking News

ARM Lancar CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76

ARM Lancar CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76

Cip pemprosesan pada telefon pintar dan peranti digital signage menggunakan teknologi yang dihasilkan oleh ARM. Pelbagai versi CPU yang mereka telah lancarkan dan semakin hari semakin canggih teknologinya. Pihak ARM telah melancarkan CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76 di acara Techday 2018 anjuran mereka sendiri, baru-baru ini.

CPU ARM Cortex A76

Cip pemprosesan CPU Cortex A76 ,GPU Mali G76 Dan VPU Mali V76 dikatakan jimat penggunaan tenaga dan juga lebih berkuasa. Sebagai contohnya CPU Cortex A76, peningkatan prestasi sehingga 35% berbanding Cortex A75 yang selalunya ditemui pada Snapdragon 845 tetapi mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 40%. ARM menjanjikan kemampuan memproses sama seperti “kelas komputer riba” pada CPU ini. Ia juga dihasilkan menggunakan teknologi FinFET 7nm.


ARM GPU Mali G76

Bagi GPU Mali G76 yang menjanjikan peningkatan 30% kuasa memproses dan 30% penjimatan kuasa berbanding Mali G72 yang digunakan pada Exynos 9810 dan Kirin 970. Ia juga menunjukkan peningkatan sehingga 2.7 kali untuk pembelajaran mesin


ARM VPU Mali V76

Dan yang terakhir sekali, VPU Mali V76 yang digunakan untuk memproses fungsi video pada peranti. Ia menyokong memainkan video pada tetapan 8K 60FPS atau menstrim kandungan 4K 60FPS. Ini juga bermakna ia boleh menstrim 16 kandungan 1080P serentak sekiranya perlu dan untuk skrin paparan digital.

Jika CPU-CPU ini digunakan pada peranti Digital Signage, sudah pasti teknologi perkakasan digital signage masuk ke era baru dan mampu menjana video beresolusi sehingga 8K tanpa sebarang lagging. Mungkin dalam masa 2 bulan akan datang, pasti ia akan menjadi realiti.

Sumber : Amanz

Tiada ulasan