Sesuai Ke Komputer Stick Untuk Kegunaan Digital Signage - Semuanya Digital Signage Sesuai Ke Komputer Stick Untuk Kegunaan Digital Signage - Semuanya Digital Signage

Breaking News

Sesuai Ke Komputer Stick Untuk Kegunaan Digital Signage

Digital Signage

Ramai yang bertanyakan kepada admin, sesuai ke komputer stick digunakan untuk digital signage? Sebenarnya ia boleh tetapi ada kelemahannya tersendiri. Komputer Stick yang dikeluarkan oleh intel sudah lama dipasaran dan harganya agak murah.

Spesifikasi intel computer stick biasanya adalah seperti berikut :


  • Quad-Core Intel Atom x5-Z8300 Processor
  • Windows 10 (32-bit)
  • Intel HD graphics
  • 2 GB DDR3L 1600 MHz soldered down single-channel memory
  • Integrated Wireless 802.11ac (Intel Dual Band Wireless-AC 7265)
  • One USB 3.0 and One USB 2.0
  • Bluetooth 4.0
Menggunakan processor Intel Atom adalah satu spesifikasi yang rendah untuk digunakan untuk digital signage. Ia masih boleh digunakan tetapi pasti akan ada sedikit masalah untuk penggunaan digital signage. Admin telah mencuba pelbagai jenis processor dan  player  untuk signage digital . 

Intel Computer Stick

Dasar pengalaman ini, processor Intel Atom tidak sehebat mana berbanding jenis intel i3, i5 atau i7. Apabila anda menggunakan processor ini untuk signage, anda akan nampak animation pada digital signage sedikit lag atau tersekat-sekat pergerakkannya. Bila makin lama computer stick digunakan dalam tempoh 5 jam dalam sehari, pergerakkan animation akan semakin teruk dipaparkan. Ini atas pengalaman yang admin lakukan beberapa ujian ke atas media player ini.

Jika anda mahukan juga untuk menggunakan computer stick sebagai digital signage, admin sarankan anda kurangkan animation yang berat untuk mengelakkan perkara yang dijelaskan tadi. Letak gambar sebagai slide sudah memadai. Nak jaga kualiti produk digital signage anda, ingatlah pesanan admin tadi. Untuk matlumat lanjut, boleh layari 

Tiada ulasan