Intel Memperkenalkan CPU Kelas Pertengahan Yang Mampu Milik
Intel telah memperkenalkan CPU Processor terbaru mereka yang digelar Coffee Lake tetapi spesifikasi yang diumumkan ini adalah spesifikasi kelas atasan. Jadi, pengguna biasa seperti kita ini pasti sukar untuk membelinya. Pihak intel sedar dalam situasi ini dan mereka mengumumkan CPU kelas pertengahan yang mampu milik dan kuasa voltan yang rendah. Jika CPU ini dijadikan paparan digital
Pengguna diluar sana jarang menaiktaraf komputer mereka sehingga benar-benar perlu menaiktarafnya tetapi dengan model terbaru ini, ia dikatakan jimat elektrik. Model Intel Core i3-8300, Intel i5-8500 dan Intel i5-8600 diperkenalkan dan dikatakan mampu memberi prestasi 4 kali ganda lebih baik berbanding komputer 5 tahun lepas.
Selain itu, terdapat satu sistem baru iaitu Ambient Computing, di mana ia memudahkan anda menggunakan komputer disamping menggunakan jumlah tenaga elektrik yang kurang berbanding sebelum ini. Jika anda memerlukan CPU yang benar-benar menggunakan tenaga elektrik yang sedikit, CPU Intel Coffee Lake siri-T juga diumumkan, dan kesemua CPU didalam siri ini dilihat mempunyai nilai TDP setinggi 35W sahaja.
Dalam pada itu, untuk memudahkan pengguna mengurangkan kos pembelian
komputer, Intel juga mengumumkan kehadiran cipset-cipset baru untuk papan induk
Coffee Lake ini, termasuklah cipset Intel H370, Intel H310, Intel Q370 dan Intel B360. Kesemua chipset yang dikeluarkan ini hadir dengan sokongan USB 3.1, storan PCIe dan Wifi 802.11ac terbina didalamnya. Nantikan ia dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi.
There's no greater flexibility than what digital signage boards provide. With them, both commercial and instructional content is effective.
BalasPadamDigital Signage Board