IBM Bina Prototaip Komputer Paling Kecil Di Dunia - Semuanya Digital Signage IBM Bina Prototaip Komputer Paling Kecil Di Dunia - Semuanya Digital Signage

Breaking News

IBM Bina Prototaip Komputer Paling Kecil Di Dunia

IBM Small Computer

IBM, sebuah syarikat yang tidak asing lagi dalam dunia perkomputeran dan telah membuat kejutan mencipta komputer terkecil di dunia yang hanya bersaiz 1mm X 1mm yang lebih kecil dari sebutir garam. Walaupun ia hanya Prototaip Komputer Paling Kecil Di Dunia, ia sudah menggegarkan dunia perkomputeran secara terang-terangan. Dari segi kuasa perkomputeran, pihak IBM telah membuat anggaran bahawa ia mempunyai kebolehan yang hampir sama dengan sebuah cip pemprosesan x86 yang wujud sekitar era 90an.

IBM Small Computer

Menurutnya lagi, komputer kecil ini adalah sebuah Sistem On Chip (SOC) yang hadir dengan CPU, Memori, storan dan modul komunikasi yang membolehkan ia berinteraksi dengan komputer lain.
Dengan saiz yang begitu kecil ini, IBM menjangkakan ia boleh menjadi satu perkakas anti-penipuan, kecurian dan boleh dimasukkan ke dalam tanda harga atau pakej barangan. Ia nampak menarik bukan?

Nilainya komputer ini pasti membuat anda terkejut kerana IBM akan dibuat dengan kos 10 sen sahaja dan boleh membuatkannya satu cara yang cukup murah untuk menjaminkan keselamatan produk-produk yang menggunakannya.

Buat masa ini, ia masih dalam peringkat kajian dan IBM perlu membuat pengujian sebelum ia dipasarkan kepada umum. Manalah tahu, ia boleh dijadikan media player untuk Digital Signage di masa akan datang dengan kos yang amat murah. Jadi, kita nantikan berita ini di lain masa.

 

Tiada ulasan