Bagaimana Digital Signage Dapat Membantu Perniagaan Anda
Pengunaan digital signage untuk perniagaan kecil sangat kurang digunakan. Mungkin mereka kurang yakin kemampuan paparan skrin digital boleh membantu perniagaan mereka melalui iklan yang disiarkan di tv display mereka berbanding mereka memainkan siaran tv di premis tersebut.. Mungkin juga mereka berkira-kira dengan budget yang mereka perlu keluarkan untuk menggunakan digital signage ini.
Pada pendapat admin, terdapat perisan digital signage yang murah dan mesra pengguna. Dengan bermodalkan sekitar RM2,000.00, anda boleh mendapat satu produk digital signage yang ringkas dan murah. TV display, mereka masih boleh menggunakan tv display yang sedia ada.
Bagaimana digital signage dapat membantu perniagaan anda? Lihat faktor-faktor utamanya di bawah ini :
- Menarik perhatian dan dapat memberitahu kepada orang ramai yang anda ada menyediakan perkhidmatan dalam perniagaan anda.
- Mesra pengguna. Anda boleh mengubah informasi mengikut kreativiti anda.
- Boleh meberitahu anda sedang membuat Jualan Penghabisan Stok atau segala promosi
- Boleh buat duit lebih jika ada vendor yang mahu beriklan dengan anda melalui medium digital signage.
- Lebih jimat berbanding mencetak seperti banner, flyers dan sebagainya. Boleh bertahan sehingga 5 tahun penggunaan( Bergantung TV Display yang digunakan)
Jadi, banyak kelebihan digital signage ini kepada perniagaan anda. Bukan untuk periklanan sahaja, anda boleh buat lebih dari itu. Apa yang dimaksudkan lebih dari itu? Nantikan kupasan menarik dalam digital signage di artikel seterusnya.
Tiada ulasan