Cara Pemilihan Perisian Digital Signage Yang Betul - Semuanya Digital Signage Cara Pemilihan Perisian Digital Signage Yang Betul - Semuanya Digital Signage

Breaking News

Cara Pemilihan Perisian Digital Signage Yang Betul

Digital Signage,, Menu Board

Perisian Digital Signage sudah banyak dipasaran di dunia sekarang. Pada sekitar 2012, Digital Signage mula diperkenalkan di Malaysia tetapi ia kurang mendapat sambutan dan kemungkinan tiada informasi langsung mengenainya tentang kebaikan penggunaan sistem ini. Jadi, bagaimana kita mahu tahu cara pemilihan perisian digital signage yang betul?

Apa yang admin tahu berdasarkan pengalaman yang ada, perisian digital signage pada mana-mana pengeluar adalah hampir sama dan cara penggunaan atau konsep yang diketengahkan adalah tetap sama. Jadi, jika anda mahu mencari atau sedang mencari perisian digital signage di tempat kerja anda, perlu berhati-hati kerana ia boleh merugikan anda sendiri.

Apakah kerugian yang dimaksudkan? Baiklah, admin akan tunjukkan beberapa jenis perisian digital signage dan penerangan sedikit hasil pencerahan ini.

Standalone Digital Signage

Standalone Digital Signage

Jika anda mahukan Standalone digital signage di tempat kerja yang ringkas dan mudah cara penggunaannya, anda perlu cari perisian yang diberi secara percuma semasa anda membeli media player di pasaran. Terdapat beberapa jenis standalone digital signage yang telah menawarkan perisian digital signage secara percuma antaranya adalah jenama :


  • Iadea
  • ViewSonic
  • Samsung
  • LG
Jenama ini adalah antara popular dan perisian mereka sangat stabil untuk kegunaan harian. Sebenarnya, banyak lagi media player yang berasal dari China yang turut memberi perisian percuma tetapi dari segi kualiti, ia sangat tidak menjaminkan. Anda perlu ingat, setiap perisian yang diberi percuma mempunyai had tersendiri. Bukan bermakna ia didatangkan dengan pelbagai module, boleh buat centralize di dalam perisian tersebut. Hanya local network (dalam satu bangunan yang sama) sahaja yang dibenarkan. Jika bangunan anda ada dua blog dan ia mempunyai network yang berlainan, anda pasti tidak boleh mengawal media player di bangunan sebelah itu.

System On Chip (SOC)
SOC, System On Chip

Dengan era kemajuan teknologi sekarang ini, pihak pengeluar TV Display mula memberi saingan kepada pengedar atau penjual media player digital signage kerana pengeluar TV sudah bijak membuat System On Chip (SOC) iaitu dalam TV ada PC mereka tersendiri. Mereka tidak memerlukan 3rd party device untuk memaparkan digital signage kepada umum. Jenama apa yang menawarkan sistem seperti ini. Ia adalah dari jenama :

  • Samsung
  • LG
  • BenQ
  • ViewSonic
  • Panasonic
Apa yang anda lihat, ia adalah jenama popular yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dalam system on chip ini, ia sudah ada perisian digital signage iaitu :

  • Samsung - MagicInfo S2, S3, S4 
  • LG - WebOS
  • BenQ - X-Sign Software
  • ViewSonic - ePoster
  • Panasonic - Panasonic AF-1 Android Open Platform
Walaupun ianya sudah tersedia perisian percuma di dalam TV Professional ini membuka penggunaan terhad dan tidak boleh membuat centralize pada kawasan yang jauh. Jika mahu juga membuat centralize dengan menggunakan perisian percuma mereka, terdapat bayaran dan pembelian perlukan dilakukan dan harganya agak tinggi berbanding dengan perisian diluar.

Centralize Digital Signage
Centralize Digital Signage

Jika syarikat anda mempunyai branch yang luas dan ada pada setiap negeri, anda memerlukan Centralize Digital Signage untuk memudahkan kerja anda untuk mengurus iklan anda di tv tersebut. Kos untuk membuat centralize ini agak tinggi pada permulaan tetapi jika difikir jangka masa panjang, ia sangat berbaloi. Apa yang anda perlukan adalah :

  • Server (Spesifikasi pertengahan sudah memadai)
  • Media Player
  • Perisian Digital Signage
  • Fix IP untuk server tersebut
Itu sahaja yang diperlukan untuk memasang centralize Digital Signage. Tidak terlalu rumit dan memeningkan kepala anda untuk berfikir. Anda perlu ingat, ada sesetengan pembekal menawarkan licence digital signage secara tahunan. Kosnya agak tinggi untuk memperbaharui licence itu pada setiap tahun. Jika anda mahu cari perisian Digital Signage Lifetime Licence, boleh hubungi syarikat yang membekalkan sistem INI.

Diharap, dengan perkongsian dan menunjukan cara pemilihan Digital Signage yang betul ini memberi manfaat kepada anda untuk mengelakkan permasalah di masa hadapan semasa membuat pilihan.

Tiada ulasan