Digital Signage Untuk Stadium - Semuanya Digital Signage Digital Signage Untuk Stadium - Semuanya Digital Signage

Breaking News

Digital Signage Untuk Stadium

Digital Signage Di Stadium

Sukan dan teknologi sekarang sukar untuk dipisahkan kerana ia memainkan peranan antara satu sama lain. Dahulu, kebanyakkan stadium di Malaysia masih menggunakan iklan yang dicetak di papan iklan seperti di tepi padang bola sepak.

LED Digital Signage

Transformasi digital signage skrin besar untuk stadium telah dimulakan di negeri selatan tanah air iaitu Johor Darul Takzim yang mula menggunakan digital signage di tepi padang. Digital Signage ini ada juga ada di panggil Air Board bagi pengenola bola sepak Malaysia iaitu FLMPP. Sejak kelab Johor Darul Takzim menggunakan sistem digital signage ini, ia mula diikuti pasukan negeri atau kelab lain di Malaysia kerana ia memberi lebih impak dan effisyen dalam periklanan.

Liga bola sepak di luar negara telah lama menggunakan sistem digital signage di stadium dalam periklanan mereka. Jadi, ia banyak menarik pelabur-pelabur di luar untuk melabur di dalam kelab mereka. Mungkin kos yang memainkan peranan utama di Malaysia yang membantutkan transformasi dilakukan pada ketika dahulu.

LED Digital Signage

Mungkin dalam masa 1 tahun lagi, penggunaan digital signage di stadium akan meningkat kerana ia lebih menjimatkan kos di masa akan datang. Digital Signage di stadium selalunya menggunakan video wall LED display versi P3 atau lebih dari itu. Ia sesuai untuk penglihatan jarak jauh. Jika dilihat dari jarak dekat, ia akan kelihatan pecah. Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai digital signage untuk stadium, boleh layari 


Tiada ulasan