Sejarah Digital Signage
Penggunaan paparan digital signage ini sudah bermula sejak 1980an. Pada era tersebut, mereka menggunakan video secara analog. Kita biasa menonton filem Hollywood di kaca TV yang memaparkan era 80an dan 90an, akan ternampak kedai runcit atau butik di sana menggunakan TV sebagai platform perngiklanan mereka.
Akan tetapi, ketika itu hanyalah menggunakan video tape VHS. Dengan menggunakan video tape VHS, mungkin kesukaran untuk menukar pusingan video tap VHS apabila sudah habis dimainkan pada ketika itu.
Masuk di era 90an dan tahun 2000, wujudnya cakera pemain VCD, DVD dan Blu-Ray yang lebih effisyen dan juga mampu memaparkan kualiti gambar dan video lebih baik berbanding VHS. Semakin lama, teknologi cakera pemain semakin berkembang dan kos juga semakin rendah untuk menggunakan Digital Signage. Maka, para pengiklanan mencari solusi terbaru yang lebih baik dan murah untuk memaparkan iklan mereka.
Sekarang, digital signage ini anda boleh jumpa di mana sahaja terutamanya di kawasan bandar besar. Pelbagai jenis digital signage boleh dilihat dan ternyata, sudah ramai pembekal digital signage wujud di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan ketika ini.
Terdapat kaji selidik mengatakan, di Amerika Syarikat, 65% penduduk di sana membeli pelbagai produk hasil rujukan mereka pada pengiklanan di digital signage. Digital Signage memberi impak kepada penduduk di sana dan tidak mustahil ia akan berlaku di Malaysia. Kemungkinan, 3 tahun akan datang, penggunaan digital signage ini adalah satu keperluan dan wajib ada di setiap premis perniagaan.
Tiada ulasan