Intel NUC Hades Canyon Untuk Digital Signage
Intel telah memperkenalkan komputer padat dalam siri Intel NUC versi Hades Canyon yang dikuasakan dua CPU Core G, termasuk intel i7-8809G dan juga intel i7-8705G. Intel NUC versi Hades Canyon ini masih belum berada dipasaran buat masa ini tetapi sebuah laman web dari Korea telah membuat laporan mengenai prestasi komputer ini.
Admin sendiri telah menggunakan intel NUC untuk kegunaan paparan digital kerana ketahanan dan keupayaan komputer ini menjalankan operasi digital signage tanpa masalah telah terbukti. Berbalik dengan Intel NUC Hades Canyon ini, ia boleh di over-clock sekaligus boleh meningkatkan kualiti grafik tanpa sebarang masalah.
Apa yang boleh dinilaikan di sini, kita boleh menggunakan digital signage dengan memaparkan video yang berkualiti tinggi tanpa sebarang masalah lagging pada paparan skrin tersebut. Komputer Intel NUC Hades Canyon ini dijangkakan dijualdi pasaran dengan nilai RM4,000.00 seunit dan lebih mahal dari komputer dekstop. Adakah ia berbaloi untuk menggunakan sistem digital signage dengan media player seperti ini? Tinggalkan komen anda jika ada sebarang pertanyaan boleh komen atau hubungi admin sekarang.
Tiada ulasan